P/s: Translated from the book "How To Get rich Without Winning The Lottery." Recommended tool for easy prospecting in network marketing business.
Sekarang, cuba ini. Saya bukan menyuruh anda untuk berjimat. Saya hanya meminta anda untuk mencatatkan rekod perbelanjaan anda selama 30 hari. Ini adalah perkara yang perlu anda lakukan:
Ambil sekeping kertas kosong. Rekodkan setiap perbelanjaan anda selama satu bulan. Catat setiap butiran pembelian anda seperti pembelian rokok, minuman tin, bil elektrik, sewa rumah, kupon isian semula, pakaian baru, tiket wayang dan sebagainya.
Pada hujung bulan, tengok balik catatan anda. Perhatikan berapa banyak duit yang telah anda habiskan untuk perkara-perkara yang remeh. Kos perbelanjaan tersebut cukup banyak untuk dijadikan modal pelaburan anda.
Mungkinkah anda melakukannya? Tidak, itu hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang benar-benar ingin mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.
Saya pernah menyaksikan seseorang yang mendapat pulangan sebanyak RM10,000 sebulan daripada pelaburan yang dibuat dengan bersungguh-sungguh. Saya juga pernah menyaksikan seseorang dengan pendapatan tahunan sebanyak RM100,000 jatuh bankrup kerana membelanjakan RM110,000 setahun.
Wang simpanan anda tiada kaitan dengan pendapatan anda. Perkara paling penting dalam hal ini ialah komitmen anda untuk menabung.
Sekarang, semuanya terpulang kepada anda. Setelah anda tahu semuanya itu, anda diberi peluang untuk memilih. Anda boleh memilih untuk hidup senang dan menikmati kehidupan anda dengan penuh sukacita, atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment