Encik Kaya Encik Miskin
Saturday, February 28, 2009
Robert Kiyosaki, penulis buku terlaris, Encik Kaya Encik Miskin,
Kitaran Aliran Tunai Encik Kaya, Panduan Pelaburan Encik Kaya,
Budak Pintar, dan Budak Kaya merupakan penceramah antarabangsa
yang disegani dan mahir dalam hal kewangan. J.P. Morgan berkata,
"Encik Kaya Encik Miskin wajib dibaca oleh setiap jutawan."
Demikianlah kenyataan yang dilaporkan oleh Wall Street Journal
dan USA Today. Encik Kaya Encik Miskin merupakan buku yang
paling sesuai untuk dibaca oleh setiap orang yang ingin melakukan
perubahan besar dari segi kewangan demi masa depan yang lebih baik.
Robert selalu berkata, "Kita pergi ke sekolah untuk belajar
supaya kita boleh bekerja keras untuk mendapatkan duit. Saya pula
menulis buku dan menghasilkan produk yang boleh mengajar orang biasa
untuk menjadikan duit bekerja keras untuk mereka supaya mereka boleh
menjalani hidup ini dengan aman dan tenteram."
Encik Kaya Encik Miskin kini terdapat dalam 33 bahasa. Robert sangat
menghargai pemasaran bertingkat sebagai penyumbang utama dalam
kejayaan beliau sendiri.
Walau bagaimanapun, Robert tidak pernah menyebelahi mana-mana
syarikat yang spesifik dalam buku tersebut. Beliau bijak membuat
penilaian menyeluruh terhadap peluang besar yang ditawarkan oleh
industri pemasaran bertingkat. Nilai-nilai tersebut dimuatkan ke dalam
buku, "Sekolah Bisnes Untuk Orang Yang Suka Tolong Orang."
"Bukan mudah untuk menjadi kaya," kata Robert. "Saya sendiri
mengambil masa selama 3 tahun lebih dan mengalami kegagalan
sebanyak dua kali dalam perniagaan untuk mendapatkan pendidikan
dan pengalaman yang diperlukan untuk membina
perniagaan yang berjaya."
-----------------------------
Alih bahasa oleh Rhonerlianz,
http://internet-heritage.blogspot.com
-------------------------------------
0 comments:
Post a Comment