KuasaForex Review

Friday, February 27, 2009

Panduan forex sebanyak 99 muka surat ini dijual pada harga
RM97. Menurut website produk tersebut, kekayaan terpantas
di dunia boleh dicapai dengan bermain forex. Potensi pendapatan
harian boleh mencecah RM10,000 dan ini merupakan jumlah yang
sangat besar. Pakej utama KuasaForex terdiri daripada panduan
utama berupa sebuah e-book dan beberapa fail kecil yang perlu
dipasang pada platform MetaTrader 4 bagi membolehkan
penunjuk kuasa forex berfungsi dengan baik.

Setelah siap dipasang, template Kuasa Forex boleh dilancarkan.
Beli jika indicator berwarna biru, dan jual jika indicator berwarna merah.
Mengikut sumber internet, penulis Kuasa Forex ini, Nasir Yacob telah
menciplak karya asal Isakas Kuskus. Itu tidak menjadi masalah
kerana saya telah mencuba teknik ini dengan menggunakan akaun
demo dan hasilnya memang menakjubkan.

Malangnya, versi percuma produk ini boleh didapati secara percuma
dari internet. Jika versi percuma wujud, maka sambutan untuk
versi yang mahal pasti akan jatuh. Harga asal produk ini ketika
mula-mula memasuki pasaran internet ialah RM150. Walau
bagaimanapun, penulis juga ada membuat ceramah atau kelas
tentang forex secara offline. Jadi, sama ada produk ini bagus
atau tidak, semuanya terpulang kepada individu tersebut.

0 comments: